Welcome to Atengg Story. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
FNI

Positifkan yg negatif ya'll
Thursday, 11 October 2012 , 4:42 pm

Lama beno aku tak update, naik bersawang habeh. Jenuh mencuci. *smbil lap apa patut* Wee. Harini tgh online tetiba lak teringat nak menulis / luah perasaan eh? Asa nk ja luah kat fb/twitter. Tp apakan daya, menampakkan kebudak2 kan polak nt. Hewhew, so let me tulis sini aja. Laju sgguh tgn ni menaip dikala hati hnya Allah Maha Mengetahui. 

Korang-korang semua, bezakah ipta dgn ipts? Sama ja kan, cuma ipts suma org leh msok klu ada KEMAHUAN nak BELAJAR tuh. Kita sedih lah cmni, kita dpt ipta, tp bukan kos yg kita nak, so better aku pergi ipts dgn kos yg aku nak dr msok ipta tp kos yg bukan langsung ada lam list aku? Takot nt msok mmg sia-sia. Apa pon tak bole.

Tp, apa pendapat masyarakat sekeliling? " Alahhh msok ipts sbb tak pndai latuh ", yes, why klu tak pndai? Aku ad kemahuan nak belajar oukayyy. Selagi ada kemahuan, selagi tuh ada jalan, bole tak korang tutup mulut dan DIAM?!! 

Alahh mulut org mana leh tutup kan? So, aku nekad, yesss nekad! Aku nak jugak buktikan org yg dok ipts pon leh bejaya, insyaAllah. Doakan aku :') Mama ad jugak soh apply UITM tuk intake feb/march. Yes i will apply, klu ada rezeki bole lah msok dgn kos yg aku nak, so macek2 tuh leh kot tutup mulut dorang, kann? ;) 




* The End *
jarak ini menjaga kita.
Tuesday, 24 July 2012 , 9:20 am



Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[Ali 'Imran, 3:14]

Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku

Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir  setahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.

Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

 

Saat aku dan dia menjauh

Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.

Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah ‘JARAK’ ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

 

Jarak ini menjaga aku dan dia

Kini aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku. Tetapi ‘JARAK’ ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi. Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”
(Ar-Ra’d 13:28 )

Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia. InsyaAllah. 


** CopyPaste

salam ramadhan :)
Thursday, 19 July 2012 , 11:28 am



Huiiiii Ramadhan is coming is coming. #Selengge . Dah bapa hari ja lagi, ehh bapa jam ja lagi kita nak sambut Ramdhan, kan? Sukasuka dan suka. *Muka Excited. 



Salah satu keistimewaan bulan Ramadhan, ada pada SOLAT TERAWIHNYA.

Moh lah taun ni kita sesama melengkapkan bulan Ramadhan, dgn memnuhkan mesjid berdekatan. Hewhew, rugi puasa dah tapi tak berterawih secara jemaah. :)





SALAM RAMADHAN semua.

Older Post
Heyy-ehh.



" Life is too short to wake up with regrets. Love the people who treat you right and forget the ones who dont. Believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy. They just promised it would be worth it. " - FNI.

Cikidoutt!

STORY FNI FRiENDS

Ce-cakap ^,^


LotsOfLove

All your past mistakes and horrible experiences have made you who you are today. You’re going to get rejected, you’re going to lose a friend, you’re going to lose feelings. But in all those moments, you’re going to become stronger. All those experiences will build up and maybe at that summation of that one moment, it’ll be all you need. Just because you’re feeling down from one thing, doesn’t mean that it defines who you are. You always end up getting over the obstacle, and all it really takes is just a little time. People suck, but there’s nothing you can do about it except keep marching on. And just remember, one day, you’ll make someone the happiest person alive. :)

Ketika kerja kita tdk dihargai, saat itulah kita belajar tentang KETULUSAN. Ketika usaha kita dinilai tdk penting, saat itulah kita belajar tentang KEIKHLASHAN. Ketika hati kita terluka sangat dalam, saat itulah kita belajar tentang MEMA'AFKAN. Ketika kita harus lelah dan kecewa, saat itulah kita belajar tentang KESUNGGUHAN. Ketika kita merasa sepi dan sendiri. saat itulah kita belajar tentang KETANGGUHAN. Ketika kita harus membayar biaya yg sebenarnya tdk perlu kita tanggung, saat itulah kita sedang belajar tentang BERMURAH HATI. Tetaplah sabar. Teruslah bersemangat. Selalulah tersenyum. Teruslah belajar dari pengalaman, karena kita sedang menimba
ILMU KEHIDUPAN. :)
Even though we've changed and we're all finding our own place in the world, we all know that when the tears fall or the smile spreads across our face, we'll come to each other because no matter where this crazy world takes us, nothing will ever change so much to the point where we're not all still friends. ELFEE ♥


LotsOfLove : FNI